CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 28, 2009

CARL FRIEDRICH GAUSS

Carl Friedrich Gauss merupakan salah satu ilmuwan hebat dunia, ia juga diakui sebagai ahli matematika terbesar sepanjang masa. Sebab ia memang genius semasa kecil lagi. Semasa Gauss berusia tiga tahun, ia berjaya menemukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya sewaktu ayahnya melakukan pengiraan di bidang kewangan.

Gauss melakukan hal yang menakjubkan lagi semasa ia berada di sekolah rendah. Pada waktu itu guru matematikanya meminta murid-murid menjumlahkan bilangan-bilangan dari 1 hingga 100. Cikgu tersebut melakukannya dengan harapan supaya dia dapat beristirahat cukup lama sebelum melanjutkan pelajaran kepada murid-muridnya. Namun,Gauss berjaya menyelesaikan soalan tersebut beberapa minit kemudian. Gauss menyelesaikannya dengan cara yang unik: ia mengelompokkan bilangan dari 1 hingga 100 menjadi 1 dan 100, 2 dan 99, 3 dan 98, dan seterusnya hingga 50 dan 51. Jumlah setiap pasang bilangan adalah 101 dan ada 50 pasang bilangan, sehingga jumlah total bilangan adalah 50 x 101= 5050. ...

Mantap Bukan...

0 comments: