APAKAH KUASA MINDA
Kuasa minda adalah tenaga yang berada di dalam diri setiap manusia. Ia memang sudah sedia ada sejak kita dilahirkan. Telah banyak kajian yang dilakukan sejak lebih 5000 tahun lalu. Masyarakat Greek, Arab, Jepun, China, India telah lama mempraktikkan ilmu ini. Cuma nama sahaja yang berbeza. Masyarakat India memberi istilah bagi kuasa minda ini sebagai Prana, orang China menyebut Chi, orang Jepun menyebut Ki dan bagi masyarakat di Nusantara (indonesia) mereka menyebut tenaga dalaman. Telah banyak kajian sains menunjukkan bukti-bukti yang sangat menakjubkan mengenai kuasa minda yang terdapat dalam tubuh manusia ini.Seorang saintis Rusia iaitu Prof. Konstantin Korotkov telah menemui gambar melalui kaedah Ultra Sensitif dan mendapati terdapat radius tenaga di sekitar badan manusia dengan pelbagai warna. Ruang tenaga tersebut disebut Aura. Kaedahnya ialah dengan menggunakan satu sistem elektrod yang menghasilakan satu medan eletrik yang kuat disekeliling objek kajian (manusia) dan ia menghasilkan satu pelepasan gas (gas discharge) yang jelas kelihatan dan boleh diukur. kajian ini dilakukan secara berulangkali dan didapati hasilnya sama (manusia yang sama). Kemudian kajian dilakukan keatas manusia yang lain dan didapati setiap manusia mempunyai aura yang berbeza-beza dan berbeza dalam suasana seseorang itu iaini ketika tidur, beremosi, berrehat dan sebagainya.Ruang aura ini mengandungi jasad yang halus dengan potensi potensi tenaga mereka dan memberi kekuatan kepada seseorang itu. Bagi seseorang yang berfikiran positif tenaga ini mungkin lebih tinggi atau lebih tebal berbanding orang yang mempunyai fikiran negatif. Manusia merupakan makhluk yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya. Kerana sejak kita dilahirkan kuasa minda atau lebih dikenali sebagai tenaga dalaman memang sudah sedia ada, cuma kita tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai ilmu untuk mengolah dan menggunakannya. oleh itu, kita haruslah menjaga otak/minda yang dianugerahkan oleh Allah ini supaya tidak rosak....(jangan merokok, isap dadah dan sebagainya)
Cara Daftar Fingo / Sign Up Fingo
5 years ago
0 comments:
Post a Comment